Wednesday, July 21, 2010

Cuti-Cuti Di Sabah


Assalamualaikum,sedikit cerita kami bercuti ke Sabah dari 11-15/05/2010.Sehari sebelum perjalanan ke rumah adik aku,Ani...barang semua telah kami periksa serta stock bekalan makanan & pakaian semua dalam keadaan cukup serta lengkap semuanya,especially barang2 anak2 aku.10/05,ambik half day kerja dan t.hari kami berangkat ke rumah Ani.Sampai di Rawang,rumah Ani agak lewat,mana taknya...dengan kesesakkan di persimpangan keluar tol Rawang....perghhh!!!sakit kepala..kejap2 kereta kami berhenti2,mcm mana agaknya org2 KL kan...dah lali kot.Lebih kurang jam 2045 kami sampai dan rehat..mandi n terus makan malam.Semua lauk Ani ready-made from kedai tomyam depan persimpangan taman dia.Rasenya x boleh dok borak2 lama dgn Sham,esk flight jam 0945...gud nite n c ya in LCCT tomollowww....zzzzzzz.

Hari 1 (11/05)

Awal pagi dah bangun and Ani prepare simple b.fast jek.Gerak dah agak lewat.Lagi pun hari bekerja kan.Jalan menuju ke LCCT agak sesak tapi kenderaan tetap bergerak.Sham yang drive hantar kami coz,maleh nak park kereta di LCCT..lama kami ke sana.0830- sampai di LCCT,about 45 min. la from Rawang to LCCT.Itu pun Sham pecut nak kejar masa.Turunkan barang2 kami, dan Sham terus bawa Gen2 kami balik.Terus ke kaunter dengan urusan2 check-in semua.0940-berada di dalam flight dan nasib baik ada sorang uncle benarkan kami duduk sederet sefamily,klu tak aku kene dok sorang.Ermm..habislah mama nnt kene ragging ngan budak2.Thanks uncle!Agak lama dalam flight before berlepas.Rupa2nya,dapat announcement yang kami semua perlu turun dari flight,tukar flight lain dalam masa 45min,masalah teknikal katanya. Aduh!!!punyalah tension.Kene tunggu lagi di balai berlepas.Sementara menunggu,anak aku Aufa..mama suruh buat homework yang cikgu bekalkan.Si kecik Auni pulak dok sibuk merayap and mengacau kakak dia.

1040-berlepas,lebih kurang 2 jam 15min. sampai la ke destinasi kami...alhamdulillah semuanya selamat.Untuk Aufa dan Auni,that's 1st time diorang naik flight.Muda2 lagi dan dapat jalan jauh naik flight.Mama&Baba x dapat merasa masa kecil2 dulu tau.Masa honeymooon di Bali je baru merasa.1315-Sampai KK, collect barang2 kami.1400-Jumpa penyewa kereta yang before ke Sabah lagi kami sudah booking.Bayaran penuh untuk 4 hari,RM320..settle!

1430-Dengan menggunakan GPS uncle Hanif,kami selamat sampai di hotel-King Park Hotel.Hotel mmg best and selesa.Sesampai hotel,mama 1st sekali toilet dia check.Memang kebiasaan mama,memana pergi pun kalau bermalam dia ni lorat sikit pasal toilet n bau bilik.So,before aku booking satu2 tempat, aku akan pastikan the very2 important aku kene ricky, toilet dulu.Kang kalau toilet x best....nnt kejap2 dibebelnya...pedih telinga:).Lunch time,dah tapaw nasi putih kat kedai bawah hotel tadi.Sambal tumis mak yang bekalkan dari Melaka pasti kami tak lupa and tertinggal setiap kali kami pergi vacation...mmg power sambal tumis mak!!!Selepas memenuhkan perut, bersihkan badan sikit lebih-kurang,siap solat semua..1545-keluar ricky town KK,pasar KK etc.Semua perjalanan kami,dengan bantuan GPS,agak lambatla jugak GPS-Garmin ni nak search jika tak ONkan awal2..but if dia dah find the road....senang jek perjalanan kami.1st destination kami di KK,kami pergi 1Borneo...mmg agak besar shopping komplek tu,x beli pape pun,cuma cari diapers Auni/Aufa,window shopping and mama nak beli perfume dia yang tercicir kat flight td.Hujan turun renyai2 dan jam menunjukkan 1700. Waktu di KK ni,jika jam sudah menunjukkan 1700..dah hampir senja..nak gelap dah..kalau kat semenanjung,dah hampir magrib or senja.1st time mmg pelik kot..lelama dah biasa dengan perubahan ini.

1930-Kami singgah di Masjid Bandar Likas untuk bersolat jama' magrib dan isyak'.Kami tak berpeluang untuk ke Menara Tun Mustapha.Lihat dari jauh jek...rasanya tiada pape pun....cuma peninggalan sejarah.Ayang sempat bertanya menara apa tu Abie.Selepas bersolat,2015-kami pekena seafood Sabah,terletak di tepi persisiran pantai Likas.Mmg banyak kedai seafood di sana.
Untuk makluman,jika hendak di bandingkan makanan seafood kami di Melaka...ermmm..elok korang gi makan seafood di tempat korang sendiri or aku cadangkan di Melaka lagi best.Or maybe aku tak jumpa makanan seafood yang betul2 best di area KK kot.2230-selesai sudah untuk trip malam ni dan before balik hotel,kami ronda2 di bandar KK sekali lagi.2300-Balik hotel dan esok perjalanan masih jauh lagi.Nite.

Hari 2 (12/5)